Catatan sang pengembara, penulis buku manusia.

“Saya hanyalah seorang manusia yang menyingkap rahsia hidupnya.”

Imam As-Syahid Hasan Al-Banna

Bismillah.

Tuhan yang mencipta manusia bersama satu tanggungjawab besar – menulis manusia.

Page ini – straight forward dan direct kubawa helai demi helai daripada sebuah buku bernama hidup. Beribu manusia dengan beribu buku hidup mereka. Semuanya tidak ada satupun yang sama – tebalnya, panjangnya setiap kisah-kisah mereka, jalan ceritanya, dengan dakwat-dakwatnya sekali.

As-Syahid Hasan Al-Banna enggan menulis buku, kerana beliau ingin menulis manusia. Begitu juga aku. Begitu juga kalian.

Ke… tidak?

Percaya atau tidak, ada manusia sedang cuba menulisku sekarang. Mungkin beberapa manusia, bergantunglah juga pada jenis dakwat yang mereka guna itu untuk menulisku – kualitinya, caranya, tempoh tahannya. Jadi mereka seharusnya pandailah, kalau-kalaulah mereka mahu melihat hasil tulisan mereka itu ada padaku bila dibuka di depan Tuan Kilang pencetak buku-buku bernama manusia ini. Tuan Kilang a.k.a. Sang Guru. Perlu ada gaya supaya tulisannya cantik dan mampu diberi gred A. Gred B pun tidak mengapa juga, tapi sayangnya imbuhan untuk saham akhirat nanti hanya sejemput daripada si buku A, sejemput daripada si buku B, buku C, buku D… [sejemput + sejemput + sejemput = jejemput pisang?] Cukupkah? Gaya itu satu, tapi muntij itu juga satu. Fahamkan?

Aku juga ingin menulis manusia, kerana aku faham yang manusia-manusia ini kerja asas mereka adalah menulis manusia.

Kalian rasa bagaimana? Ke… tidak?

Menulis manusia tidak sesenang menulis skrip jawapan exam atau thesis. Enggan mengangguk? Mungkin kalian belum belajar secara serius subjek manusia ini. Sebagaimana aku sewaktu masa dulu.

SUBJEK MANUSIA.

Mahu belajar denganku tentang subjek ini?

Ke mari. Ke mari dan berlenggang kosong dulu. Jangan pilih buku lagi. Kalian belum reti memilih buku-buku lagi. Ke mari dengan tangan kosong dulu.

Ku akan perkenalkan kalian semua dengan penulis-penulis sebuah buku hidup, yang hidupnya itu kepunyaanku. Aku berkisah begitu dan begini, kerana merekalah yang mencorakkannya. Sikit sikit, lama-lama teballah diriku. Oh ya, tebalnya itu istimewa, kerana tebalnya itu ukurannya bukan pada usiaku, tapi kefahamanku. Special, kan?

We are all special. Kalian akan percaya sebaik saja kalian menyelongkar rahsia hidup seorang bernama manusia, seperti yang kami sedang buat sekarang ini. Kami – aku seorang penulis dan sang-sang penulisku.

Dan kalian perlu kutulis dahulu. Perlukan kefahaman dahulu. Sabar. Itu kunci utama. Kerana menulis buku yang dakwatnya kekal hingga ke masa Tukang Kilang melihat kandungannya itu mengambil masa yang panjang. Sabar. Short cut? Ada jalan-jalan pintasnya. Tapi jalan pintas itu gayanya tidak muntij. Seperti yang kutulis sebentar tadi. Agaknya, mahukah dakwat milik kalian itu menghilang tatkala Sang Guru memeriksa buku melihat latihan yang diberiNya satu persatu? Mahu dirotan ya? Silakan, kuhanya mahu menolong kalian.

Oh, kalian katakan ku ada udang di sebalik batu di sebalik pelawaanku meminta kalian menjadi penulis. Kenapa, tidak boleh? Bukankah udangnya untuk diri kalian juga?

Ketahuilah, impian sang penulis buku sebenarnya adalah sebuah buku yang mampu menulis dengan lebih hebat lagi daripada dirinya sendiri. Jadi pilihlah buku-buku yang kalian yakin mampu menulisnya dengan dakwat yang paling terang, takut-takut terpudar di tengah jalan.

Masa Sang Guru datang kita tidak tahu. Simpan itu di dalam ingatan ya. Simpan kemas-kemas.

Bagaimana?

Mahu menulis buku?

Mari mengembara bersamaku. Kita jadi sang pengembara dengan catatan di tangan. Kerana kita juga sang penulis buku.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: