Bermula semula?

Bismillah…

Tidaklah, bukan bermula semula. Jejak-jejak sudah berbekas. Kau sudah memulainya sejak lama dulu.

Subhanallah…. wahai daie!

Allah menguji untuk mendekatkanmu, bukan meninggalkanmu!

Pernah menangis suatu waktu dahulu, bukan bermaksud di waktu ini diri masih setegar dulu. Tarbiyyah bukan seperti umur bila meningkat tidak akan turun-turun lagi. Tarbiyyah memerlukan lapangan hati yang sangat besar, walau sebagaimana sakitnya kebenaran itu perlu diletakkan dan disyahadahkan dengan kata-kata dan amal. Susahnya? Memang! Pernahkah hairan melihat orang yang melalui jalan ini bersama-sama tetapi kenapa kefahamannya tidak ternyata melalui amalnya? Syed Qutb yang mendengar adanya daie sebegini mungkin akan pengsan. Manakan mungkin daie berkelakuan seperti muslim baik biasa. Tenang dengan ibadah hati, ibadah fardi. Siapa kita? Kita yang berani bertentangan mata dengan daie-daie yang mengikat janji-janji dakwah di hatinya dan di ikrarkan melalui lidahnya, kita yang suka-suka bersoal-jawab dengan daie-daie yang setiap malamnya bersengkang mata membaca buku-buku fikrah dan dakwah sang-sang pejuang suatu masa dulu. Kita bersoal untuk apa? Kita melihat semata-mata, lalunya? Dan benarlah kata Yang Maha Mengetahui bahawa Demi Masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Rugi mata, rugi suara, rugi semuanya!

Dan syaitan sedang ketawa suka hati. LOL!

Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran dari depan dan belakangnya. Mereka menjaga atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri. Dan Apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.

13:11

A.M.

Nota kaki:

1. Bismillah… untuk segala perkara. Dan minta diistiqamahkan semangatnya.

Advertisements

~ by ainulmardhiah on January 5, 2012.

2 Responses to “Bermula semula?”

  1. kakak…

    saye exam lusa.
    doakan saye,

    lagi 34 hari, saye balik malaysia.
    untuk bersama2 awak.

    moga Allah permudahkan segala urusan awak di sana.
    di sini, saya dan teman2 merindui.

    ~winkwink~

  2. bukan bermula tapi meneruskan langkah. lebih dekat dengan Dia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: