1 Julai 2009: Itu aniaya diri sendiri namanya.

Jaulah to Cork together with sisters from Poland and Sis WA.

5.00 pm from Dublin.

Arrived at about 8.30 pm.

Alhamdulillah. It was a perfect journey.

Bismillah.

Tuhan yang senantiasa memberikan hidayah dan petunjuk kepada hamba-hambaNya yang mudah saja alpa dalam sekelip mata. Alhamdulillah kiranya kami termasuk dalam golongan yang ditiupkan kesedaran kepada hikmah di atas setiap kejadian yang berlaku itu dan nauzubillah, kiranya hati kami terhijab daripada menyedarinya.

Syaitan itu oppoturnist. Selalu menghembus bisikan-bisikan yang membakar hati nan suci. Pemilik hati yang imannya lemah, runtuhlah imannya. Empunya hati yang kental binaan imannya, teguhlah ia berdiri di situ walau bisikan umpama sang badai taufan melanda jiwa. Tapi, golongan yang bergelar manusia ini kebanyakannnya tergolong dalam kumpulan yang kedua yang disebut di atas. Golongan yang imannya lemah dan perlukan lebih pemantapan. Kadangkala tersalah sangka, rupanya kita tidaklah sekuat yang kita jangka.

Kan?

Dan kadangkala juga tidak meletakkan sesuatu itu pada tempat yang sebenarnya.

Zalim. Betul, itu memang definisinya. Maka?

Sedarlah, bahawa walau satu dengus keluhanpun tidaklah seharusnya keluar daripada bibir kita, dan tidak patut terdetikpun di hati kita.

Hak badan yang diciptakan Allah ini – yakni sempurna tangan dan kakinya, elok rupa parasnya, cukup mata beserta kelopaknya, hidung dan lubang-lubangnya dan telinga yang bercupingnya, adalah untuk berbakti padaNya. Kalian mungkin ketawa, sedangkan Hasan al-Banna, kata beliau: senyumnya tidak mungkin terbit hingga Islam ini wujud dengan sebenar-benar wujud di depan matanya. Berbuatlah pahala sebanyak-banyaknya.

Berbahagialah orang yang senantiasa tidak senang duduk kiranya hanya berada di rumah untuk berehat dan tidak berbuat apa-apa. Beringatlah orang yang tidak sedar yang hembusan-hembusan syaitan itu mengasapinya.

Tiada istilah berehat pada seorang daie. Tiada hobi lain pada seorang daie itu melainkan dakwah. Hidupnya untuk dakwah, manakala matinya adalah demi Allah. Dan itupun sudah cukup baginya, kerna jika hidupnya betul adalah kerana itu, maka hidupnya takkan kosong walau seenjak jarum jam pun. Tiada masa terluang sedikitpun untuk berhibur diri. Dakwah itu hiburannya. Dakwah itu kerjaya utamanya. Cukuplah tugasannya menegakkan kalimah yang haq sepanjang-panjang hidupnya ia di muka bumi ini.

“Even daie pun tak ada hobi!”

Akh A.T.

Menggeletarkah wahai kaki-kaki yang hanya tahu memakai kasut-kasut berjenama dan berjalan seminit dua ke tempat-tempat yang semata-mata tujuannya adalah untuk memenuhi nafsu serakah tuan empunya? Atau, masih mahu diingatkan lagi akan seksanya meniti titian sirat menuju syurga? Mahu berpayah di duniakah sang kaki, atau mahu terseksa di akhirat nanti?

Menggigilkah wahai tangan-tangan yang senang sekali memegang segala macam benda yang si jasad badan inginkan? Apa yang kalian sentuh sehari-hari, wahai manusia yang hidupnya entahkan beri erti buat diri. Padah menanti kiranya tanganmu itu tidak terlawan dengan tangan-tangan kecil nun di sana, yang memegang ketulan-ketulan batu untuk dilemparkan ke arah kereta kebal milik zionis! Mahu tangan bersusah payah di sini, atau di hari kelak di mana tangan kalian tidak dapat membela si badan sendiri?

Dan wahai hati yang mengawal jasad! Perlukah hadis ini diulang lagi; bukankah muaknya belum hilang sejak kali terakhir ianya didengari?

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis ke-6, Hadis 40 An-Nawawi.

Nah. Mahu termuntah. Tapi inilah realiti manusia. Tahu, tetapi buat-buat tak tahu. Tahu, tetapi hanya sekadar tahu. Tahu, tetapi tahunya sekadar di situ.

Kalian ada sedar di saat syaitan menyucuk hati kalian dengan jarum bisikannya?

kehidupan dunia

Sedar? Alhamdulillah…

Bilakah waktu dicucuknya hati kalian itu? Sedar waktu itukah, atau sedar waktu selepasnyakah?

Seorang daie itu pekanya haruslah di detik yang genting bilamana dia terasa nafasnya sakit dan dadanya sempit, otaknya terhimpit, dalam memutuskan hal-hal yang memungkinkan pengorbanan apa-apa yang bernilai dunia olehnya. Tiada istilah lupa pada seorang daie, kerana tiap sesuatu yang memberikan pengajaran padanya akan disimpan kemas-kemas di dalam hati, dan tidakkan terulang lagi di lain hari.

Itu tandanya muhasabah itu bukanlah sekadar mengingat kembali detik perjalanan hidup sehari-hari dan mengira-ngira kesilapan apa yang berlaku lalu melupakannya. Sekadar berakhir di situ? Bukan sesenang itu wahai kawan, tapi tidaklah payah untuk dilatih diri kita ini dalam meniti hidup hari demi hari.

Kan?

Kalian fikir bagaimana?

Zalim sebenarnya kita ini pada diri kita sendiri, pabila mengambil masa rehat yang tempohnya bukanlah untuk mengubati parahnya bekerja untuk dunia ini, malah tempoh istirehatnya itu lebih kepada memanjakan diri hingga bermalas-malasan dalam menunaikan haknya yang sepatutnya. Futur. Sebab itu kita tidak boleh berhenti, walau sesaat, apatah lagi sejam dua. Sehari? Mahu mati? Sekurang-kurangnya pabila fizikal ini berhenti, otak ligat memikirkan perihal hidup untuk ukhrawi.

Otak yang fikirannya melayang-layang tanpa sekatan, akhirnya membawa padah besar pada badan, kerana kelak akan dipersoalkan. Perasaan yang tiada perbatasan dalam hal-hal yang tidaklah perlu diperbesarkan nanti mengundang sejuta natijah di hari pembalasan. Maka berjaga-jagalah. Jaga semua yang menjadi milik kalian. Jaga iman, jaga amal. Paling penting: jaga hati kalian.

Tidaklah perlu kuulang lagi sebenarnya semua benda ini. Kerna semuanya telah usang di ruang hati kalian sebenarnya.

Tiap kali kubiarkan jari jemari menari-nari di atas laptopku ini, tiap itu juga kuakan bermuhasabah tentang diri sendiri. InsyaAllah.

Wallahu’alam bissawab.

Notes:
1. Esok ke Edinburgh, jumpa sisters UK. Alhamdulillah, seronoknya!

3. Saif-saif Allah, jadilah Saifullah bukan sekadar pada nama ya? Kita kerja habis-habisan! Allahuakbar!!!

4.Ummu Saif, apa khabar Malaysia di matamu? 

4. Ya Allah, kuatkanlah hati ini, agar tidak mengeluh sedikitpun dengan segala yang telah diaturkan olehMu.

~ by ainulmardhiah on July 2, 2009.

3 Responses to “1 Julai 2009: Itu aniaya diri sendiri namanya.”

  1. Salam..

    Malaysia masih seperti dulu,
    adus, sudah lama mata ini tidak melihat
    anak bangsa sendiri berpegangan tangan tanpa ikatan yang sah
    berpelukan tanpa malu atau segan
    bertepuk tampar & bergurau senda tanpa mengira jantina

    Aduh,
    bilakah perasaan terguris hati ini akan berhenti?

    Hanya gerhana
    Bukan terbenam matahari

    Saya yang di Malaysia

  2. salam auni.
    saya juga di malaysia.. betul kata ummu, ia tidak berubah
    malah makin aneh
    kita yang dipandang pelik atau mereka yang pelik sebenarnya?
    boleh jadi bingung juga dibuatnya

    huhu..
    semoga auni terus kental disana. siapkan bekal sebanyaknya, agar nanti bila pulang ke medan ini.. auni sudah siap bersedia. doakan bersama ya.

    salam pengorbanan. sayang semua

  3. Slm wrt buat Ummu Saif dan K Aizadiha.

    Sy stuju sangat bila dikatakan yang hijrah kepada sesuatu yang lebih baik itu membuatkan orang ramai lebih membulatkan mata mereka berbanding apabila seseorang itu berubah lebih kepada budaya masyarakat barat.

    Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: bersabda Rasulullah s.a.w.: “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang [asing] dan dia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang dagang.”

    Kita sememangnya berada dalam keadaan yang dagang dari sehari ke sehari.

    Berdoalah agar terus menjadi orang-orang yang beruntung. InsyaAllah.

Leave a comment