Penghujung jalan?
Satu hari,
Bila melihat semua berlumba-lumba memecut ke hadapan,
Sedangkan aku merangkak lagi tertarik ke belakang – oleh kejelekanku sendiri;
Terasa sudah sampai ke garis penghabisan langkahku ini.
***
Kegelapan segerombolan datang ketika aku mula mahu kembali mencari arah tujuan,
Sampaikan aku tertanya persoalan yang tidak dapat kubayangkan akan diriku juga timbulkan;
Inikah penghujung jalan?
***
Ketakutan bersama kebimbangan berselirat simpul di ulu hati,
Memanjang-manjangkan lagi rasa keputus-asaanku tanpa henti,
Menuding jari pada kesalahanku sendiri tanpa tepi.
***
Tapi,
Allah masih tetap di hati ini, walaupun kecil jauh~ di lubuk hati.
Sumber kekuatanku yang asli.
Kerana itulah akan aku teruskan perjuangan ini lagi, melebihi garisan penamat?
Itupun tidak aku peduli.
ainulM
Footnote:
1. Lamanya tak menulis di sini. Hihi. Ada siapa-siapa mahu baca lagi?
2. Pls… HM.

Salam..
Aku masih di sini
dan pastinya akan terus mengiringi..
sampai Allah swt menjemput kita semua nanti.
Bersabarlah hati..
Pengakhiran kita bukan di sini.
Bukan begini.
Tapi insyaAllah di syurga yang abadi..
kak auni..kami sayang akak..sayang sangat2..
kite janji penghujung kite syurga kan..
akak ajar kami untuk x berhenti berharap padaNya..
akak ajar kami untuk melihat yang jauh..bukan yang ditepi2an dunia saje..
akak ajar kami erti dakwah yang merapatkan diri denganNya..
akak ajar kami erti ukhwah yang selamani sangat asing dan pelik untuk kami..
kerana itu…kerana Allah..aku rindukan auni nadiah rameli yang itu..
auni nadiah rameli murabiahku…
i learn alot..n never top learning..
kerana dakwah ini kita tanggung bersamakan..
Allah masih di hati..
Tumuhatku tumuhatmu masih sama
yakni Allah dan dakwah ini..
hati terus menanti
hati terus merindu
walau jauh hati terus menyayangi
yang pasti Allah lebih menyayangi
kerana Allah, ku jua masih menyayangi
siapa bisa membiarkan ukhtinya begitu?
tidak bisa…hati terus berdoa
agar sama-sama bangkit dan mengejar cinta ilahi
pernah. suatu ketika dahulu, merasa kesamaan dengannya
rindu saat itu.
saya. saya nak baca lagi.
langkahku terus bersamamu
kerna iman yang akan terus menyatukan aku dan kamu.
sabarlah dan kuatkan kesabaranmu
doa kita semua setia pada yang Satu
azimat taqwa yang mampu mengabdikan perjuangan ini,
jalan kita jalan para rasul
selagi cinta Allah nombor satu,
teruslah maju
melangkah dengan hati yang penuh,
menuju redaNya.
auni…
kuat ye..
dzikr kunci kemenangan kita.
quran peneman setia kita
(=
akak..sy rindu akak…
sangaat…
Eh? Rindu? Subhanallah akak pun rindu jgk akhawati di sana… rindu sampai nangis tau tak?
InsyaAllah tak lama lagi kite update one another ek? UFAA