Infiru. Teringat suatu ketika (2).
Suatu hari di bumi Ireland ini, SID datang ke rumah. Waktu itu puasa waktu summer hari pertama, hari Jumaat. Datang-datang dengan bawakan satu set ayam FFC (favourite kami). Summer dengannya suatu pengalaman yang sangat manis. Bagai madu.
Dia datang dengan cerita rupanya. Cerita si pak cik FFC.
“Tadi time beli ayam ni, cakap pada pak cik yang jual tu, happy fasting,” sambil-sambil mengunyah ayam SID bercerita. Aku membuka telinga.
“Lepas tu tau tak apa Pak cik tu cakap? Dia ckp fasting starts tomorrow.”
“Eh, tapi kalau ikutkan Clonskea Mosque, hari ni dah puasa,” kataku.
“Dengar macam tu jugak. Takkan pak cik FFC tu tak tau ek? Kesiannya dia.”
Rupa-rupanya Dublin Mosque tetapkan yang puasa pada hari Sabtu, manakala Clonskea Mosque kata hari Jumaat.
Kesatupaduan muslim. Susah nak cari. Bila benda-benda yang berkait dengan ijtihadi, point kesatupaduan memang tak dapat dielak. Di situlah kita dapat tengok di mana letaknya point ni, dan apa yang tiap-tiap daripada kita yang berada di tempat kejadian itu beratkan. Apa yang kita nak capai sebenarnya. Kerana tiada yang betul atau salah. Tapi mana yang lebih muntij. Hanya dapat dicapai pabila beroleh kesepakatan daripada setiap yang terlibat tentang kemuntijan sesuatu itu. Barulah boleh bergerak dan maju ke hadapan. Tak tersekat-sekat.
Dakwah menjadikan aku melihat sesuatu di luar daripada skopnya. Dan tidak melihatnya sebagaimana kumelihatnya dulu. Alhamdulillah. Sebab itulah aku dan mereka tetap di sini.
Jaga thiqah, jaga amal. Jaga hubungan dengan Tuhan.
Kata-kata Saidina Omar: “Jangan tafsirkan kalimah yang keluar dari saudaramu mu’min kecuali kebaikan, walaupun ia boleh ditafsirkan dengan tafsiran yang lain.”
ainulM.
Notes:
1. Diam atau zikir. Bererti diam kerana berfikir. Bukan tandanya kita dalam kucar-kacir. InsyaAllah.
2. Kerana itulah penting utk husnuzzon.
3. Tertampar dengan entri Ustaz UQY: Biarkan lambat asalkan mantap! Boleh tengok saja tajuk, tapi bacalah isi. Lambat kerana kualiti, atau ianya alasan kerana rasa dah cukup penat utk berlari, sedangkan kualiti perlu ditingkatkan lagi? Ayuh kawan! Ikut rentak irama mad’u2 kita!
4. Tulis ketika dalam mood meeting.
