Sebab itulah…

•November 26, 2009 • Leave a Comment

MABUK CINTA ALLAH itu harus suci. Bersih dan smooth.

Supaya dunia yang menyaksi dalam senyap tak berkelip,

Nampak ketiga-tiganya.

Bukan MABUK. Titik.

Bukan juga MABUK CINTA. Full stop.

Kerana yang penting adalah perkataan di hujungnya.

Muntijkah amalan(?)… Sungguh, semakin sikit masa yang manusia ada untuk membersihkan jiwanya.

Bayangkanlah, betapa anehnya orang berhijrah dengan tujuan memburu wanita yang ingin dikahwin, sedang sahabat Rasulullah s.a.w. yang lain-lain dengan tujuan menghindarkan diri dari amarah kaum kafir dan musyrik yang masih tetap berkuasa di Makkah, hanya untuk kepentingan penyebaran agama dan keluhuran kalimatullah.

Secebis Riyadhus Shalihin, Bab 1.

Wallahu’alam.

ainulM.

Notes:

1. Boleh rujuk hadis 1 Imam Nawawi.

2. Mata yang paling dekat dengan blog yang ditulis ini, adalah empunya diri. Telinga yang paling dekat dengan orang yang berbicara, adalah telinganya sendiri. Mohon Allah mengampuniku, dan mengampuni semua yang melihat selepasku tulisanku, mendengar setelahku perkataanku.

3. Warna-warni, best kan? Huhu (Siapa yang ajar guna huhu ni? Dah terbiasa o’O…)

Mendekati.

•November 20, 2009 • 2 Comments

Kata orang, bilamana kita mendekati seseorang,

…makin kelihatanlah keburukannya.

Tidak seperti Rasul s.a.w. bilamana baginda didekati,

…makin kelihatanlah kebaikan yang ada pada baginda.

SUBHANALLAH.

 

 “…Aku pula, makin kudekati seseorang,

…yang makin kunampak adalah keburukanku

satu-persatu dibuka Allah, di depan mukaku.”

ALHAMDULILLAH, wa ASTAGHFIRULLAH.

 

 

“Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati.”

 [Ali Imran, 3:154]

 

 

Dan kalian bagaimana?

 

 

ainulM. 

Allah melihat tiap-tiap usaha itu.

•November 16, 2009 • Leave a Comment

Paksa diri kalau perlu.

Kerana mana tahu, mungkin hati yang takut mampu ditumbuhi bunga,

 seperti dulu…

“Tidak akan masuk syurga orang yang dihinggapi kesombongan dalam hatinya, walau hanya sebesar dzarrah (biji-bijian).”

ainulM

Teringat satu ketika.

•November 9, 2009 • 2 Comments

Alhamdulillah. Suatu hari kutelefon abah. Saja, nak tanya khabar. Lambat abah angkat telefon. 11.46 mlm waktu Malaysia.

“Assalamualaikum abah?”
“Waalaikummussalam. Siapa ni?” Kedengaran nada penat. Baru pulang kerja barangkali.
“Abaaah. Ni kakak ni.”

Terkejut mendengar suaraku, pertama kali buat panggilan guna Skype.

“Kakak! Ada hal apa telefon?”

Abah tidak pernah mengadu apa masalahnya padaku. Concernnya hanya diriku. Dan akan dicubanya dari sudut manapun untuk membantu anaknya ini. Tidak pernah meminta apa-apa.

Sebelum itu, ada kubuat panggilan pada adik yang sekarang ini sedang belajar di kolej.

Berjuta masalah abah, begitu adik bercerita. Itupun adik kata diceritakan oleh ummi. Tidak pernah sesekali keluar daripada mulut abah yang garang itu bila kutanya. Tidak pernah diberiku peluang untuk berkongsi masalahnya, alih-alih akan balik pada perihal diriku. Tidak pernah lari daripada tajuk itu dalam perbualanku dengannya. Pandai abah. Aku tidak pernah tahu adakah dirinya ok atau tidak pabila masalah-masalah itu datang. Dirinya tidak pernah mahu concern sesiapa.

Bagaimana mahu menjadi sepertinya, sekuat abah?

Patutpun abah semacam tidak suka pabila dibelikan untuknya hadiah ketika kupulang daripada tempat pengajianku. Patutpun abah ’ok’ saja jawabnya pabila kutanya tentang kerjanya sehari-hari. Patutpun ini dan patutpun itu…

Kerana bagi abah, biarlah aku hanya memikirkan masa depan dan kebahagiaanku…

Wahai abahku, kebahagiaanku adalah…

•November 6, 2009 • 2 Comments

“Kalau betullah dakwah ini adalah dakwah kasih sayang

Perlukah didahulukan ‘hidden agenda’…?”

 

“Siapa yang mencukupi keperluan saudaranya, nescaya Allah mencukupi keperluannya. Siapa yang menolong seorang mukmin dari suatu kesusahan, nescaya Allah akan menolongnya dari salah satu kesusahan pada hari kiamat. Siapa yang menutupi aib seorang Muslim, nescaya Allah menutupi aibnya pada hari Kiamat.”

Dan sekarang hatiku pedih sekali…

Astaghfirullah hal’azim.

Tidak perlu cemburu.

•November 2, 2009 • Leave a Comment

Bismillah. Tuhan yang Maha Mengatur tiap-tiap apa yang diciptaNya.

Daie tidak perlu cemburu dengan orang lain yang diberi kepercayaan lebih dalam jemaah untuk membuat benda-benda yang lebih besar (pada pandangan matanya benda itu besar), ke sana dan ke mari. Kita, sbg daie ini punyai kerjanya sendiri yang perlu ditelitikan dan dimuntijkan. Usah terlalu merendah diri, merasakan tidak layaknya untuk dia melakukan perkara-perkara seperti yang dilihatnya, atau didengarnya daripada mulut daie-daie lain. Manakan tahu rupa-rupanya kerjanya itulah yang lebih penting berbanding dengan kerja daie lain. Cuma tidak disedarinya sekarang.

Wahai daie seangkatan denganku!

La tahzan! Engkau punyai tanggungjawab yang penting sebenarnya. Kalau bukan kaurasakan untuk mu, rasakanlah yang ianya adalah terpenting buat mad’u-mad’umu! Padahal ianya penting untuk kedua-duanya, baik untukmu atau untuk mad’umu. Allah senantiasa mengaturkan yang terbaik untuk jundiyy-jundiyy agamaNya. Bersangka baiklah, baik pada jemaah mahupun pada Allah s.w.t!

Jangan sampai benda sekecil inipun melambatkan usahamu, mengurangi sahammu di timbangan akhirat nanti, sudah.

 Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?

[29:2]

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta dengan orang-orang baik.

[29:69]

Wallahu’alam.

ainulM.

Sabar seorang daie.

•November 1, 2009 • 1 Comment

Bismillah.

Ku kira perasaan sabar itu semua orang punyainya. Ada di celah-celah tiap-tiap hati yang diciptaNya. Cuma thresholdnyalah yang membedakan sikap seorang daie itu pada situasi yang mencengkamnya di waktu-waktu tertentu. Ada daie diuji dengan kesabarannya menahan ledakan amarahnya terhadap sesuatu, ada pula yang diuji dengan menahan pedih perasaan hatinya, sedih dengan sesuatu yang terjadi padanya.

Aku ingin belajar menjadi seorang daie yang bersabar. Bersabar dengan semua benda: itulah daie. Sabar dalam amarah, sabar dalam kepedihan hati, sabar dalam mengejar syurga Allah.

Daie tidak mengambil kira natijah pada akhir kesabarannya itu, kerana yang dikejarnya bukanlah nikmat dunia. Yang dikejarnya keredhaan Allah s.w.t., dan lega seorang daie itu adalah apabila berjayanya dia bersabar dalam dia diuji Tuhannya yang dicintainya. Seorang daie ini, tidakkan menimbang tara benda-benda lain sebelum bersabar, tetapi sabarnya itu didahulukan daripada segala benda. Kerana dia tahu bukanlah kesabarannya penyebab kepada sesuatu yang terjadi pada akhir kesabarannya, tetapi tetap iradat Allah itulah yang berkuasa, dan saat itu dirinya diuji.

Faham tak apa yang kuingin terangkan di sini?

Cuba buka quran, ada quran tak sekarang? Buka Surah al-Hujuraat.

“Dan apabila ada dua golongan mukmin yang berperang, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu daripada keduanya berbuat zalim terhadap (golongan) yang lain, maka perangilah (golongan) yang berbuat zalim itu, sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil, dan berlakulah adil. Sungguh, Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.”

[49:9]

Kadang kala, bukanlah kerana sesuatu itu betul atau salah yang menjadi pokok pangkal seseorang itu perlu bersabar atau tidak, tetapi kebaikan yang didapat oleh kedua-dua pihak kiranya tidak meneruskan suatu yang dibincangkan itu. Sabar dalam mencari redha Allah, sabar dalam menangani sesuatu kesulitan yang memerlukan ijtihad, itu yang penting.

Mungkin perlu dikupas ayat ini di lain masa, insyaAllah semoga dikurniakan kesempatan pada kita semua.

Daie yang sabar, adalah daie yang bijak mengendalikan diri pada tiap-tiap situasi.

Wallahu’alam. 

ainulM

Memakai gelaran daie.

•October 31, 2009 • Leave a Comment

Bismillah.

Seorang daie harus mempersiapkan dirinya sepanjang masa. Setiap detik, setiap ketika. Pabila memegang gelaran ‘daie’ ini, sudah tiada lagi alasan atau dalih yang boleh digunapakai untuk dirinya lari daripada masalah ummah. Masalah ummah itulah masalahnya, dan masalahnya adalah masalah ummah. Masa depan ummah adalah masa depannya. Begitu juga masa depannya, adalah masa depan ummah. Tidak ketinggalan lain-lain isu seperti harta, masa, tenaga… dan segalanya miliknya, semuanya adalah milik ummah. Dengan kata lainnya, hidup seorang daie ini walau dilihat daripada sudut manapun, akan memberi kesan pada umat Islam; kalau tidak sekarang, mungkin pada hari esok. Dan kalau tidak esok, lusalah, dan begitulah seterusnya.

Beginilah yang dikatakan yang seorang daie itu punyai jiwa yang besar. Kerana tiap-tiap hari, umat itulah di kepalanya, membelenggu fikirannya, menyentap enak tidurnya di atas katil, mengunyah ketenangannya menikmati hari-hari yang penuh tipu dan palsu.

Ke… tak? Ke daie itu bukanlah seperti apa yang ditulis di atas ini?

“Di antara orang-orang yang beriman ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam), maka di antara mereka ada yang telah menunaikan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran: dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.”

[al-Ahzab, 33:23]

“Ya Allah, aku memohon untuk diriku pertama-tamanya dan kutujukan doa ini pada mereka yang berada di sekelilingku, janganlah Engkau menghilangkan perasaan takut dan cinta pada jalan dakwah yang pahit ini daripada diri kami, kerana daripada situlah kami mengenal manisnya iman. Janganlah Engkau butakan hati kami dan Kau letak madu pada tiap-tiap nikmat dunia di depan mata kami, kerana ia umpama racun yang mengakis jiwa dakwah kami tanpa kami sedari. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah pegangan kami, eratkan ukhuwah antara kami dan jangan kau tarik kami keluar daripada jalan para pembawa petunjuk ini…”

Wallahu’alam bissawab.

ainulM.

Jauhlah kami daripada rasa ini.

•October 19, 2009 • Leave a Comment

Bismillah.

“Bila saja kebergantungan pada Allah itu kurang, dan dirasakan apa yang dibuat ini sudah cukup, maka tika itulah hati ini serasa tidak sedap dan rasa sesuatu itu berkurang, macam sesuatu nikmat telah ditarik oleh Allah s.w.t.

Betul, hari tidak setenang dulu, benda yang dibuat entahkan berkat, entahkan diangkatpun ke neraca hisab nanti.

Mungkin niat tidak sesuci dulu, dan merasa hasil yang didapat itu adalah kerana usaha sendiri. Kalimah insyaAllah sekadar menjadi satu lafaz, dan hanya segar di bibir, tidak meranum di hati.

Check diri, istighfar 10x. Buat sesuatu itu untuk apa? Jangan sampai hasil yang terbuntang di depan mata sudah cukup untuk mensyirikkan diri. Nauzubillah, mohon perlindungan daripada Dia yang Maha memberi hasil.”

Wallahu’alam bissawab.

ainulM

Janganlah lambat.

•October 16, 2009 • 2 Comments

Bismillah.

Jalan dakwah ini banyak benda yang masih belum selesai. Bertimbun kerja yang tertangguh, ditambah dengan berjuta kerja baru yang sampai. Peranan kita di medan ini sangatlah kecil, jadi jangan dibiar tersadai. Jangan biar ianya jadi batu-batu penghalang bagi peranan-peranan yang lebih besar.

Aku lihat jalan ini masih banyak ruang kosong dan masih banyak belum terisi tahun demi tahun.

Kita yang berjalan di jalan ini tolonglah jangan dilambatkan dengan benda-benda kecil dan lebih peribadi. Hasan Al-Banna sibuk fikirkan masalah umat sendiri, hal diri diketepi. Cepat selesaikan dan bergerak mara ke hadapan. Jangan berhenti, nanti orang belakang turut terhenti. Kita penentu arus dakwah ini sekarang dan kayu pengukur dakwah masa depan. Kalau kita lambat, orang belakang lagi lambat. Kalau kita dah merangkak, orang di belakang lagilah, mungkin baru nak belajar meniarap.

Kita yang berjalan di jalan ini, jangan tertipu dengan bisikan-bisikan syaitan. Dah faham kan. Memangnya akan terus menerus diasak mereka sang musuh sejak azali. Kalau bukan tentang isu umat, mungkin dilemahkan psl diri-sendiri. Jangan sekali-kali rasa puas atau terlepas. Bersatu, pegang erat tangan dan peluk bahu. Kita tidak mahu rebah bukan? Pernah direbah oleh kafir, baru nak bangkit,  jangan pula biar direbah oleh syaitan kikir. Please.

Berkata pada diri sendiri, manakan tahu kalian juga perlukan kata-kata ini.

Tolonglah jangan kita menjadi penyebab melambatkan jalan yang suci ini.

Astaghfirullah.

Wallahu’alam.

ainulM